Monday, 15 September 2014

Detik detik melahirkan & menjadi seorang ibu


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Nak bertemu dengan ahli syurga. Tak sabar! :)

Allah telah pinjamkan ahli syurga kepadaku dan suamiku. Alhamdulillah.
Throwback masa nak melahirkan 1st baby. 
Moment yg tak kan pernah aku lupa seumur hidup ku.
Detik-detik cemas,gementar,takut,resah,seribu perasaan yg ada dalam diri ini utk melahirkan anak pertama.
(Macam dah lambat je nak tulis blog ni. Hehehe)



Pict ni time hari ahad nak gi kenduri masih semangat lagi.
Gagah berjalan :) Last pict before delivery.


17 Feb 2014 - Isnin

Hari bekerja tapi aku tak pergi kerja sebab rasa nak rehat kat rumah.
Aku memang dapat MC dari Doctor Nazri selama seminggu.
Semangat sangat mengemas rumah tanpa rasa apa-apa,penat ke lelah memang tak rasa.
Boleh lagi basuh baju,basuh lantai,cuci bilik air,bersihkan dapur, kemas2 bilik  semua.
Petang boleh lagi buat makanan sebab dah rasa lapar.
Apa yang penting aku akan makan telur separuh masak 2 biji sehari.
Utk menambah tenaga. Dan rajinkan berjalan,bergerak,melakukan aktiviti.
*Dan org kata last 2 months before delivery, kita minum air kelapa muda without ice & sugar hokeyyy! Ia akan membantu kita juga,seperti baby bersih bila dilahirkan nanti. :)
Time tu seorang diri kat rumah. Tak tahu nak buat apa dah lepas kemas-kemas.
Tengok tv sambil tunggu husband balik kerja.
Dah malam lepas maghrib. Husband ajak gi rumah mak mertua.
Waktu tu ada rasa sikit sakit pinggang,tapi xrasa contraction pun.
So buat donno jela. :)

8.00pm

Dah sampai rumah mak mertua. Jalan pun dah macam bongkok-bongkok sikit.
Macam tak larat nak jalan. Tahan kan saja tak rasa macam nak bersalin.
Ingatkan sakit pinggang biasa je. Memang tak ada keluar lendir ke darah ke apa pun.
Waktu tu kakak ipar semua ada kat rumah. Mak mertua tegur kenapa jalan bongkok and macam tak larat je. Lepas tu kakak ipar cakap macam nak bersalin je dah. Semua yang cemas. Aku je buat donno and relax, boleh layan tv dulu. :)
Tapi memang semua cemas termasuk la abang-abang ipar sekali yang takut.
(Dialog)
Mak Mertua : Adik (hubby)! Cepat siap bawa yuni gi hospital. Macam nak bersalin dah tu.
Kakak ipar : Eh jam,cepat-cepat bawa yuni check,macam nak bersalin tu,mana tahu dah buka ke cm nya tu. Barang semua dah ready dalam kereta belum?
Abg ipar : Eee takut aku,cepat jam bawa gi hospital.
Abah mertua : Cepat2 siap semua bawa yuni gi hospital. Mak abah siap2 dulu. Tunggu kat kereta dulu.
Hubby : Okay-okay (Tu je ayat dia sambil berjalan laju menuju ke kereta)
Me : Alamakkkk... Ayat semua sama je. Mungkin sebab dah cemas sangat kot. :) Tapi yg relax nya aku n hubby.

9.25pm

Dah habis lengahkan masa sampai kul 9.00 baru gerak ke hospital KPJ Selangor seksyen 20.
Dalam kul 9.25pm sampai hospital punya laju hubby bawa kereta time tu memang dalam kereta terdiam je waktu tu. Hubby just tanya sakit tak sakit tak. Nampak yg dia jadi kelam kabut and cemas. Yelaa kan 1st time pula tak tahu nak buat apa dia.
Dah sampai depan2 pintu emergency. Terus masuk tanpa cakap banyak just cakap nak bersalin ni. Nurse terus bawa masuk suruh baring kat atas katil then dia check tekanan darah. Tak lama kemudian nurse tolak ke labour room. Husband lepas register kat kaunter cepat2 dia masuk dalam ikut ke labour room. Check jantung baby, selama setengah jam. Nurse suruh tukar gown bersalin. Time tu nampak la nurse call2 doctor kata patient doctor dah nak bersalin ni. Whatsapp picture condition jantung baby melalui meter reading. 

10.30pm

Masuk dalam ward. Tunggu ada contraction or tak.  Waktu tu husband keluar masuk ambil barang letak dalam almari. Mak mertua duduk kat sofa just tunggu. Dah malam so hanya mak mertua and husband saja boleh masuk. Abah mertua tak boleh masuk. Mommy and ayah aku tak datang sebab tak boleh masuk kalau datang pun. Sebab boleh masuk pun 2 orang saja.
Lepas setengah jam nurse masuk check tekanan darah lagi.

11.30pm

Then nurse bawa gi labour room check jantung baby. Time tu sambil call doctor and tanya condition aku macam mana. Memang jalan tak buka lagi walaupun 1cm. Cuma rasa sakit sikit kat perut. Nurse sent picture kat doctor keadaan denyutan jantung baby melalui meter reading. Nurse letak ubat kat belakang utk buang air besar sebelum bersalin. Then tak lama tu memang ada rasa nak gi buang air besar. Nurse check samada dah buka ke belum jalan. Ternyata hanya 2cm je. Okay tunggu lagi. 
Waktu tu husband lah peneman sejati ku. Naik turun ke kiri kanan,keluar masuk labour room,bertungkus lumus prepare kan utk aku. Terharu sangat. Dalam fikiran asyik terfikirkan husband je, tak nak dia ke mana-mana. Okay dah setengah jam check jantung baby. Mata sangat la mengantuk. Dengan keadaan sejuk sangat. Rasa nak tidur je.

18 Feb 2014 - Selasa
12.00am

Masuk semula ke ward. Tengah mamai2 dalam kesejukan nak tidur kejap.
Mak mertua duduk kat sofa sambil tertidur dah. Dalam 15 minit tidur terjaga sebab tiba2 rasa perut sakit. And try lelapkan mata lagi sebab ngantuk sangat. Tak lama kemudian perut mula mengeras kesakitan,cuba tahan perut and jalan2 ke hulur ke hilir dalam bilik ward sambil pejam mata menahan ngantuk and kesakitan. :( Tidur terjaga 3 4 kali sampai lah kul 01.00 pagi. Husband dah tak tahan dia jadi kelam kabut and tekan bell button panggil nurse masuk. Sampai 2 orang nurse masuk tengok condition aku. Nurse dengan bergegas bawa aku ke labour room sebab memang keadaan aku time tu sangat lah tak terkawal dah,dengan rasa tegang sangat2 perut ni. 

01.30am

Nurse check bawah samada jalan dah buka ke belum. Buka pun 5cm saja.
Then nurse check jantung baby. Sambil perut aku tegang dan menahan kesakitan.
Memang laju sangat denyutan time tu. Dalam kesakitan aku lelapkan mata kejap sebab ngantuk sangat. Nurse cakap doctor tengah bersiap and otw ke hospital. Boleh kata On Call. (Charge on call utk doctor boleh tahan). Sebab dari Gombak ke Shah Alam bukan dekat. Okay aku tunggu doctor sampai. Tapi memang tak tahan sangat dah perut aku. Panggil husband sambil menangis menahan sakit perut, sambil pegang tangan dia erat2. Cakap kat husband tak tahan,memang nangis sambil mengucap Allah Allah Allah. Itu je yang aku sebut sambil kepit 2 belah kaki aku. 

02.30am

Dah sejam aku menahan kesakitan. Nurse bagi oksigen kat aku supaya aku dapat nafas tapi memang aku tepis2 tangan nurse and tarik balik sebab nak bernafas dengan menggunakan alat pernafasan. Time tu aku memang dah maximum! Sakit sangat!
Doctor dah nak sampai nurse call dia. Aku dah menjerit sebab sakit sangat perut.
Husband pegang tangan sambil cakap sabar ye sayang doctor dah  nak sampai. Kejap je lagi sambil tu tak henti dia kucup dahi aku and pegang tangan aku. Aku memang pegang tangan dia tak lepas,pegang yang terlampau kuat. 2 nurse pegang kaki aku and kepit 2 belah kaki sebab nak tunggu doctor naik. Tengah park kereta dia. Aku asyik tak henti cakap "Sayang...dah tak tahan sakit sangat..." :(
Husband cakap "Sayang...Doctor dah sampai". Nurse sediakan peralatan semua utk doctor.
Doctor dah siap pakai segala accessories dia. Duduk je tempat duduk dia suruh push punya push,kata sikit lagi dah nampak kepala baby... tak lama tu.....

03.04am

Maka lahirlah seorang ahli syurga yg telah Allah berikan kepada kami.
Puteri sulung ku dilahirkan secara normal. Dengan hilangnya rasa kesakitan waktu tu kerana terlalu bahagia yang tak terkata selepas terdengar tangisan baby dan melihat wajah nya walaupun tak berapa nampak sebab keadaan aku lemah.
Saat yang paling bahagia buatku disaat selepas baby dilahirkan, doctor letak baby kat atas perut aku.
Ya Allah.... Allah... Waktu tu hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan aku.
Menitis air mata ku tanda bersyukur nya aku kepada Allah kerana memberi cahaya mata anugerah tak ternilai dalam hidupku dan mempermudahkan melahirkan puteriku. Husband kucup dahi aku sambil cakap baby kita sayang... :'( Aku lemah dan hanya memandang ke arah baby dibersihkan. Selepas doctor habis jahit tempat bersalin aku. Dia capai baby dan Iqamat kan baby aku. Selepas itu doctor bagi baby ke husband,then husband pun Iqamat kan baby. Sambil bawa baby ke aku. Aku dapat melihat dia dengan jarak dekat. Ya Allah sempurnanya ciptaan Mu Ya Allah. Aku memeluk nya dan aku dipeluk husband terasa bahagia nya saat itu. Ketika orang sedang nyenyak tidur dibuai mimpi,saat itu aku bertarung nyawa utk melahirkan anak ku. Dengan penuh rasa syukur,aku dan anak ku sihat normal. Alhamdulillah... Akhirnya kami menjadi seorang mommy & daddy.

- > Nor Alya Iffah Binti Nor Aniszam
- > 2.60 kg
- > 18.02.2014 (Selasa)
- > 3.04 am
- > Normal
- > Dr. Haji Nazri
- > KPJ SELANGOR SPECIALIST HOSPITAL Seksyen 20




Taaaadddaaaaaaaaaaaaaa...
.
.
.
.
.
.
.
.
Let me introduce our baby in the house yawww
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Alya selepas dibersihkan.
Daddy dukung :)
Daddy said dia ngantuk sambil menguap :)


Okay... aku ada sikit tips utk uolls semua k. mana tahu dapat mambantu mommy2 semua time nak delivery kelak. Sila lihat di bawah :)

Faktor mempengaruhi proses bersalin

Tiga komponen yang terlibat ketika proses bersalin adalah laluan, bayi dan kuasa untuk mengeluarkannya. Ketiga-tiga ini akan menentukan proses bersalin berjalan lancar atau tidak.

1. Laluan
Kebanyakan pelvis wanita berbentuk bulat dan nipis, memudahkan bayi dilahirkan. Pelvis yang kecil, tidak normal atau ada tumor seperti fibroid akan menghalang laluan ini menyukarkan proses bersalin melalui vaginal.
2. Bayi
Bayi yang terlalu besar atau kedudukan muka dan badan dalam kedudukan tidak sesuai, menyukarkan proses bersalin. Kedudukan muka bayi ketika ini patut dalam posisi menunduk dan rapat ke dada.
3. Kuasa
Ini merujuk kepada kontraksi rahim dan pelembutan pada serviks. Kontraksi yang lemah dan tidak teratur atau serviks yang tidak melembut, melambatkan proses pembesaran bukaan serviks. Ketakutan juga mungkin menjadi punca kontraksi yang tidak teratur ini.
Dalam proses bersalin ini, kontraksi ini dikawal oleh hormon oxytocin yang dilepas ke aliran darah. Untuk mempercepatkan proses ini, tambahan oxytocin diberikan kepada ibu melalui air yang disalurkan ke aliran darah melalui drip. Drip oxytocin ini bertujuan memendekkan lagi tempoh bersalin.

Sekian dari story aku. :)
Semoga pengalaman aku ini dapat mommy2 yg akan datang study before delivery k.
Good luck to mommy2 yg nak bersalin n menimang cahaya mata.
Esok2 bila mommy2 dah bersalin n ada pengalaman, boleh lah share story mommy2 pulak kan.
Biasalah, pengalaman pertama ni lah yang akan jadi ingatan sepanjang zaman.
Wasalam...
Jumpa lagi di entry seterusnya ya! Bye....



No comments:

Post a Comment