Sunday, 4 December 2016

Detik-detik melahirkan baby second - Berpantang - Puteri ke-2

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...




Nak bertemu dengan ahli syurga kedua. Tak sabar! :)

Allah telah pinjamkan ahli syurga yg kedua kepadaku. Syukur Alhamdulillah.
Throwback masa nak melahirkan 2nd baby. 
Moment yg tak kan pernah aku lupa seumur hidup ku.
Aku akan ingat setiap yg berlaku dalam kehidupanku. Tak akan lupa!


27 Nov 2016 - Ahad

Hari ahad ni macam biasa aku akan layan TV dulu kat ruang tamu bawah dengan mak ayah n Alya. Layan Gegarvaganza babe! LOLX! :D
Dah habis layan gegarvaganza ehh tgn ni gatal gi tekan 131 ada cerita "Khurafat" lak memalam buta tu. Yg Alya memang suka tengok cerita2 hantu ni. Padahal takut nak tengok tapi suruh buka gak. Habis laa aku dah seram sejuk tengok cerita hantu ni.
Aku malas nak tengok then ajak Alya naik tidur. Ehh ehh saja je dia kata nak tidur dengan "mbah" (mak aku). Aku lak dah naik konon nak tidur laa. Alih2 ambil bantal turun bawah semula gi bilik mak aku, layan cerita Khurafat tu dalam bilik mak aku.
Tengok sampai habis dalam kul 1am gak la. Alya pun tidur kul 1am lebih cam tu..

28 Nov 2016 - Isnin

Tak lama tu nak tidur dah lepas tengok cerita hantu.
Aku scroll2 HP dulu tengok FB, Instagram n bla2 dah kul 2 lebih.
Baru nak tidur dapat la 30 minit cam tu. Ehh ehh bergolek kiri kanan lak aku setengah jam sekali. Tiba2 perut cam memulas kan nak buang air besar.

Sampai laa kul 6am bangun la nak subuh. Dah subuh tu konon nak tidur balik. 
Arrghh sakit makin kerap lak. 15 minit sekali sakit. Cakap dengan mak aku sakit makin kerap. Dia lak yg risau. Dia suruh gi hospital gak. Tapi aku kata cam malas lak nak gi sebab nanti jalan tak buka lagi suruh balik. Mak aku paksa gak gi hospital. Aku pun menyerah okay la okay la. Siap2 mandi pakai baju semua. 

07:30am

Start kereta nak gi hospital ngan mak n anak buah. Kul 8am gak la baru gerak. Anak buah bawa kereta time tu. Nak gi hospital SG BULOH, ahhh pagi2 jammed lak! Okay relax... Relax...Relax... Dalam otak tak tentu arah dah tapi hati dan bibir tak henti berdoa dan sebut "La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzolimin".

08:45am

Sampai je hospital aku terus masuk gi kaunter pendaftaran. Dalam kereta aku suruh mak n anak buah aku balik dulu tak payah tunggu aku sebab takut lama kena check ke apa or jalan tak buka lagi ke. Aku suruh mak aku balik tolong jaga Alya. Dalam hati nak nanges daa sebab rindukan Alya. "Mommy masuk dulu sayang. Mommy sayang awak."

Tapi aku kena kuat! Tahan sakit lagi. Sampai je kaunter nurse terus tolak aku masuk dalam bilik CTG sebab tengok aku dah tak larat sangat tahan sakit.
Sampai je bilik CTG aku tukar baju. Dah tukar baju semua nurse pasang alat kat perut nak check jantung n contraction aku. Okay high! N jalan pun dah buka 4cm. Dah CTG dalam 15 minit cam tu check lagi jalan dah buka 5cm.

Doc : Ni dah buka 5cm. Saya pecahkan air ketuban dulu. Okay terus tolak ke labour room.

Bibir aku memang tak henti2 sebut "La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzolimin".
Aku tak ingat dah kul berapa time tu. Nak tengok jam tapi tak mampu dah sebab kejap ke kiri kejap ke kanan. Nurse tanya semua maklumat time tu pun tak  mampu nak tulis dah n sebut je. Sakit makin teruk yg nak jerit dah tapi tahan hanya berdoa je dan tak putus2.

Aku : Doc!! saya dah tak tahan ni nak teran!
Doc : Sabar puan tarik nafas panjang2.
Aku : Dah tak boleh doc. Saya nak teran ni dah!
Doc : Okay2! Nurse siapkan semua barang! ( Nampak la semua bergegas nak koyak kan plastik semua. Ambil itu ambil ini. )

Doc & Nurse : Okay puan! PUSH! ( Dengar semua bagi semangat suruh push! Nurse tekan perut, pegang tangan, bagi semangat! ALLAH! )

09:47am

Alhamdulillah! Syukur YA ALLAH!!! Lahirlah seorang puteri ke dunia. Dengar tangisan "Si Puteri" mulalah air mata kesyukuran aku mengalir. Doc & nurse tanya banyak kali "Baby apa puan?". Aku jawab dengan sedar " Baby perempuan. " Alhamdulillah.. Aku tak kena jahit hanya luka sikit saja. Nurse letak baby kat atas badan aku "Skin to Skin" selama sejam. Tak lama tu nurse ambil baby nak bersihkan n timbang baby. Nurse bawakan air milo untuk aku. Aku tak tidur, tak makan, tak ada tenaga tapi aku kena gagahkan juga. 

Dalam hati aku tengah sedih + bahagia. Tapi aku tolak tepi dulu yg sedih sebab lagi penting anak aku dari segalanya. Air mata sememangnya tak henti mengalir. Tapi aku bersyukur Allah permudahkan segala-galanya. Aku kuat demi anak-anak aku. Hanya Allah saja tahu apa perasaan aku waktu itu. 

11:00am

Nurse tolak aku dengan baby masuk ward. Bersihkan diri dan tukar baju semua. Rehat2. Sambil dukung baby dodoikan "Si Puteri" sambil berzikir bagi dia lena. 
Aku cuba nak lena tapi tak boleh sebab lapar. Tengah tunggu nak lunch.

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Syukur segalanya dah selamat.
Aku lega sangat waktu tu dah lepas dari segala sakit. Bermula lah berpantang kali ke-3.
Kenapa kali ke-3? Haa sebab yg 2nd tu pun berpantang gak sebab "miscarriage" tahun 2015 bulan 10.



- > Nor Ariana Zahra Binti Nor Aniszam
- > 2.52 kg
- > 28.11.2016 (Isnin)
- > 9.47 am
- > Normal
- > HOSPITAL Sg Buloh




Fresh! Baby Ana..

Baby Ana..

Kakak Alya kiss Baby Ana..

Kakak Alya & Baby Ana..


Okay laa habis daa.. Sampai disini saja entry kita hari ni.. :)
Bye - bye semua...


Assalamu’alaikum...


Friday, 30 October 2015

Pengalaman Berpantang Selepas Keguguran ( Miscarriage)

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Pengalaman pertama kali saya mengalami keguguran pada usia kandungan 5 minggu.

Tidak semua kehamilan akan berakhir dengan kegembiraan. Saya mengandung anak kedua tetapi berakhir dengan kesedihan tetapi saya redha dengan ketentuan Illahi...
Allah sebaik-baik perancang. Mungkin ada hikmah disebalik ujian yg saya dan husband terima.
Tak ada rezeki lagi untuk saya mengandung untuk anak kedua. Sebenarnya tabahkan hati untuk semua ini dan semua soalan yang org tanya. Tapi bagitahu juga walaupun sedih... :(

Pada mula saya dapat tahu saya pregnant anak kedua. Ya Allah.. Perasaan tu mesti lah bahagia kan..

Untuk setiap ibu-ibu dapat tahu yg kita akan dapat zuriat lagi. Dan bagi kawan pada anak pertama.
Saya beli UPT sampai 3 untuk test dan untuk pastikan samaada betul atau tak saya pregnant. 
Seminggu sekali saya test. Alhamdulillah yg tak pernah lepas dari bibir saya semuanya positive.

Hari demi hari saya lalui. Dalam masa yg bekerja biasa la naik turun tangga da. Rumah pun naik turun tangga. Angkat bakul kain nak jemur lagi. Baldi air untuk mop lantai. Macam2 lagi la buat kerja rumah. Ingatkan yela masih sekuat macam pregnant anak 1st. Rupanya silap. Doctor bagitahu kalau kita pregnant lagi untuk anak yg seterusnya tak semudah yg kita sangka. Sebab kita dah pernah bersalin jadi rahim tak sekuat yg pregnant anak 1st. 


24-10-2015 (Sabtu)

Kat rumah dah petang tu rasa lain macam. Gi toilet check kat panties ada lendiran bercampur color coklat. Then search la google baca review semua kata normal utk ibu2 pregnant kalau keluar lendiran macam keputihan tu tapi ada color coklat. Okay dah lega kan tak ada apa2 terjadi.

25-10-2015 (Ahad)

Kerap pulak dia keluar makin lama makin cair bercampur color merah daa means darah laa.
Relax lagi. Baca review tengok semua kata normal kalau darah keluar sikit2. Sebab mungkin faktor kita terlalu penat, stress, banyak fikir, dan angkat berat2. Tapi time tu hati dah tak tenang. Jiwa macam kacau sebab tak pernah terjadi kan. Whatsapp husband sebelum maghrib tu, time tu husband tengah keje tak balik lagi. Husband kata lepas maghrib gi klinik pakar wanita. Then solat maghrib dah rakaat terakhir ada rasa macam ada mengalir tapi dah siap bagi salam cepat2 tengok Ya Allah rupanya darah keluar terkena kain. Hmmm... Mula menangis tunggu husband balik.
Dah sampai klinik pakar wanita, doctor check due date semua then suruh baring nak scan.
Doctor kata nampak kantung baby dah. Alhamdulillah... Lega... Tapi doctor kata ada bleeding kat dalam... Mula air mata mengalir sikit2. Doctor inject bagi kuat rahim. Lepas tu doctor bagi nasihat rehat banyak2 ye. Jangan jalan banyak. Banyak kali dia pesan. Angguk2 je sebab tak terkata daa.. :(
Doctor bagi folic acid. Nak bagi Mc untuk Isnin tapi kata kat doctor tak payah sebab memang amik AL esok. Makan sebiji sehari jangan skip.

27-10-2015 (Selasa)

Pagi2 perasaan dah tak tenang kat office. Gi toilet check makin banyak keluar darah. Pakai pad supaya tak kena kat kain. Duduk kat tempat balik, Dah menangis tak henti panggil officemate.
Dia peluk makin sedih dan menangis. :'( Minta izin manager nak gi klinik bagitahu dia yg saya bleeding. Dia suruh gi cepat. Sampai klinik Doctor kata nak wat scan lagi. Gi bilik scan then doctor tunjuk ukur kantung baby. Katanya selamat dah tak ada bleeding kat dalam. Alhamdulillah...
Masuk bilik doctor, doctor asek pesan jangan angkat berat2 lagi, jangan stress, jangan jalan banyak.
Sampai rumah baring je sebab dah tak bermaya macam sakit2 badan. Lepas tu makin lama makin sakit perut macam senggugut. Bagitahu husband. "Husband kata angkat berat2 lagi yeh?"

28-10-2015 (Rabu)

Macam biasa nak gi kerja bangun pagi. Bangun2 tengok katil dah banyak darah. Cepat2 gi bilik mandi tengok kat pad macam janin dah keluar. Perasaan tu tak dapat nak tahan dah. Menangis kat bilik mandi sekuat-kuat hati. Naik kat bilik bagitahu husband, husband terkejut cepat2 angkat anak hantar gi rumah mak mertua dan hantar saya gi hospital. Husband tanam janin baby kat rumah mak mertua. Dalam kereta air mata asek mengalir je husband asek tanya sakit tak. Bagi kata2 semangat.
Walaupun tak dengar dah apa sekililing cakap. Macam gelap je semua sebab air mata asek mengalir je perasaan yg sangat2 sedih. Hanya Allah saja tahu apa perasaan seorang ibu yg berakhir dengan kesedihan macam ni. Ya Allah... Sampai hospital naik gi tingkat 9 EPAU. Doctor check guna alat scan kat perut dan masuk ke dalam perut kita melalui faraj kita. Waktu tu air mata je mengalir doctor kata dah tak ada janin nya. Cuma bersihkan darah2 kita dan sedut apa yang patut takut tertinggal sisa lagi kat dalam nanti jadi bahaya. Doctor dan doctor pelatih bagi kata2 semangat, "sabar puan jangan sedih... Istighfar banyak2 puan..." Waktu tu tak rasa sakit sebab dah bagi bius untuk tahan sakit.
Then nurse bawa gi wad baring kat katil. Nurse inject lagi untuk kecutkan rahim dan nipiskan dinding rahim. Nurse kata dalam sejam akan rasa pening dan mual2 nak muntah. Memang tak tahan sebab tak makan lagi dari pagi seksa menahan nak muntah yg tak ada isi. Ya Allah rupanya sakit keguguran lagi perit dari lepas bersalin. :( Tu yang orang kata lebih elok sakit bersalin daripada keguguran. Tapi siapa lah kita ni kan utk melawan takdir..? Allah... akan saya jaga lepas ni sebaik-baiknya. Seksa nya menahan ngilu kat perut. Bisa2 badan, sakit2 tulang semua ada. Tapi tahan kan juga sebab nak cepat sihat dan boleh balik. Kesian husband tunggu kat hospital sebab dari pagi sampai petang. Suruh balik pun tak mau. Then husband keluar gi beli stoking dan tuala utk saya takut saya kesejukan. Thank you sayang. Teman sampai lah habis rawatan semua.
Dah petang dalam kul 4 lebih discharged, doctor scan semula tengok keadaan rahim. Doctor bagi kebenaran balik. Doctor nasihat supaya berehat sebaiknya, jangan angkat berat2 buat masa ni sebab rahim tak kuat lagi. Doctor cadangkan supaya buat masa ni jangan pregnant dulu untuk 3-4 bulan.
Bagi ubat antibiotic and folic acid. Sampai2 rumah tengok wajah anak yg 1st terubat sikit sedih dan luka dalam hati ni... 

Bermula lah kena berpantang 2 minggu kata nurse dan doctor kat hospital.. Tetapi kata2 orang tua berpantang sebulan itu lebih baik sebab kita nak bagi rahim kita betul2 sihat dan kuat untuk pregnant semula supaya tak berulang lagi keguguran. Berpantang macam orang bersalin, tak boleh makan macam2, tak boleh minum sejuk2. Kena bertungku setiap hari nak bagi darah mengalir lancar dan hilangkan sakit2 sendi. Tetapi sakit kat perut ni memang tak tahan sebab kadang2 dia datang menyerang lepas tu lega balik. Berulang2 sakit tu datang. Tapi sabar tak boleh tunjukkan sakit depan semua orang. 

Kena tahan sebab nak cepat sihat. Dan tak nak bagi husband risau je. Kesian dia nanti tak tenang nak kerja terfikirkan kita kat rumah je. 

Sebenarnya menyesal dan salahkan diri sendiri tu ada. Tak lalu makan. Nak tidur pun asek terbangun2 sebab tak lena. Tapi kita kan manusia. Allah dah menentukan segala-galanya buat umat-Nya, Kita kena redha dengan setiap ketentuan-Nya. InsyaAllah akan datang kalau diberi rezeki akan saya jaga sebaik2 nya. Terima kasih pada husband tak pernah tahu erti penat lelah tolong jaga saya, risaukan keadaan saya, takut saya down sedih dan sebagainya. Mak dan mak mertua banyak membantu. Kawan2 yang memberi semangat dan ceriakan saya. Terima kasih tak terhingga. Hanya Allah dapat membalas segala jasa baik semua. Ya Allah... Terubat kesedihan...




Tempoh Pantang Keguguran


Mengikut petua Melayu, terdapat pelbagai pantang larang ibu keguguran dari segi pemakanan dan cara hidup harian. Berpantang ibu bersalin ditamatkan mengikut jangkamasa keguguran. Jika berlakunya keguguran selepas dua minggu hingga tiga bulan kehamilan, ibu pantang berjimak selama 30 hari. Ini adalah kerana angin gugur telah sedia ada untuk menyerang atas kesilapan pantang larang. 



Jikalau keguguran berlaku pada usia kehamilan 4-5 bulan, ibu harus pantang berjimak selama 40 hari. Jikalau keguguran berlaku lebih daripada bulan keenam, ibu pantang berjimak selama 44 hari. Namun, untuk lebih berkesan pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin.

Gugur Ugut


Gugur ugut (threatened abortion) atau dikenali juga sebagai gugur terancam, sering berlaku pada rahim yang lemah, seperti pintu rahim yang mudah terbuka apabila kehamilan berlaku dan kedudukan yang tidak mantap di dinding rahim. Keguguran jenis ini juga berpunca daripada ketidakseimbangan suhu badan, kelemahan darah, muntah yang kronik sehingga memberi tekanan di bahagian ari-ari atau ibu terjatuh dalam posisi yang boleh menyebabkan gugur ugut. 



Gugur berlaku dengan keluaran tompokan darah pekat berwarna merah coklat, tanpa rasa sakit. Darah sering keluar setaip kali ibu bergerak. Petua Melayu mengesyorkan ibu hamil mengamalkan air bunga tanjung (lotus) atau herba hiya (artemisia bulgaris) sebagai membantu menghentikan berlakunya gugur ugut. Lazimnya, ibu yang kerap mengalami gugur pada setiap kehamilan disyorkan mengambil air rebusan bunga tanjung sebagai amalan harian untuk memantapkan kedudukan janin dan mencegah berlakunya gugur ugut.

Berpantang Sepanjang Masa 

Penyakit atau masalah keguguran akan hilang atau sembuh selepas berlakunya kehamilan kembali. Namun, bagi mereka yang keguguran dan tidak hamil lagi, mereka perlu mengawasi pemakanan dengan menjauhi benda-benda yang dilarang sampai bila-bila. 


Ini kerana apabila dimakan, walaupun sedikit, mereka akan mendapat kesan sampingan yang akan melemahkan tubuh atau mengakibatkan penyakit bisa otot dan sendi. Apalagi kalau dimakan secara berlebihan, akan menjadi punca penyakit angin pasang atau barah angin. Sebagai mengatasi penyakit akibat keguguran, rawatan dan pemakanan secara tradisional mesti diamalkan. InsyaAllah mereka yang mengalaminya akan kembali pulih ataupun sekurang-kurangnya kesan penyakit tersebut dapat dikurangkan. 


Angin Pasang - ialah angin beracun yang juga dikenali angin jahat. 



Barah Angin - ialah kejadian gumpalan angin lendir bertoksik yang mengeras dan berlegar di dalam perut.

Angin Gugur - ialah angin yang menyerang selepas keguguran, mengakibatkan ibu mudah terdedah kepada pelbagai masalah alahan makanan dan persekitaran. 



Bisa Keguguran - ialah rasa sakit yang tajam dan berdenyut di bahagian ari-ari, pinggang dan sendi selepas kejadian keguguran.


Pantang Larang Keguguran 


Masyarakat Melayu tradisional mengenakan pelbagai pantang larang kepada wanita yang keguguran. Dipercayai jika wanita yang keguguran lalu atau berjalan di bawah penyidai kain akan mendapat sakit kepala. Jika terkena titisan hujan atau hujan panas serta terkena angin senja atau tengah malam beliau mudah dihinggapi demam panas atau demam mengiggil. 


Bagaimanapun, pantang larang yang terutama ialah tidak boleh melintas di bawah pohon cermai atau memakan buah cermai kerana ia dipercayai boleh mencetuskan bentan atau kesan tegang urat sehingga membawa kepada demam menggigil. 


Dari segi pemakanan, ibu keguguran mesti megelakkan makanan berangin, seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung. Selain itu dipantangkan juga makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, dan buah-buahan yang sejuk seperti ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai madu. Turut ditegah mengambilnya ialah ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, tudung periuk, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin. 



Walaupun, petua pantang larang ini kelihatannya seperti tidak logik atau kejam, telah pun terbukti terjadinya alahan bagi ibu yang melanggarnya seperti bentan urat, demam yang susah turun, rambut gugur, mudah sayu, pekang, alahan kulit dan cuaca, serta mudah letih. 



Jadi pada semua ibu-ibu dan wanita yg bakal jadi ibu.

Sangat2 penting untuk kita jaga bila kita tahu yang kita dah pregnant. Dan awal2 kandungan mesti lah lebih berhati2 dan berjaga2. 1st trimester kena lah jaga sebab janin tak kuat lagi.
Semoga semua sihat2 saja dan mendapat baby yang sihat.



Assalamu’alaikum...





Saturday, 29 November 2014

Pengorbanan Seorang Wanita (Isteri & Ibu)

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Wanita...
Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.

Tetapi... Sedarkah kita disebalik semua itu?
Wanita dicipta untuk menjadi seorang ibu
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan.
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat.
Ibu yang berjuang menyusukan anak nya selama 2 tahun lamanya.
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran.
Wanita juga lah menjadi tulang belakang lelaki.

Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badan nya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya. Tidak pernah timbul gentar dihatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya sehingga 9 bulan.

Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu hanyalah, zuriatnya dalam keadaan sihat.

Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.

Wanita, hebatnya dia berkorban tenaga membantu suami mencukupkan sara hidup keluarga dengan izin suami. Dia ingin membantu suami dari segi ekonomi pada zaman sekarang. Hidup pada zaman sekarang semuanya memerlukan duit. Dari segi perbelanjaan, sekolah anak-anak, kereta, bil-bil, simpanan, kos perubatan dan lain-lain. Dia juga tidak mahu membebankan suami dengan tanggungan yang terlalu banyak suami tanggung.


Wanita, hebatnya dia mampu membuat segala kerja selain di pejabat. Bangun awal pagi, sebelum ke kerja dia menyediakan makanan untuk suami dan anak-anak. Menyiapkan anak-anak ke sekolah. Terakhir sekali dia pula bersiap secepat mungkin bergegas ke pejabat untuk mencari rezeki, tugasan yang bertimbun di pejabat. Selepas penat lelah dipejabat, waktu pulang juga dia bergegas pulang ke rumah, sampai saja dirumah tak sempat nak tukar baju semua, buka saja tudung letak di kerusi terus ke dapur untuk menyiapkan makan malam untuk keluarga tercinta. Tak cukup dengan itu, pinggan mangkuk yang belum dibasuh, kain jemuran yang belum dilipat, kain yang nak dibasuh, rumah yang masih bersepah, tidak menang tangan dia hendak melakukan semua itu tetapi dia tidak mengharapkan sesiapapun untuk membantunya dan dia menyiapkan semua kerja itu sendiri hingga larut malam. Siapkan anak kecil sebelum tidur, pada waktu malam anak menangis nak minum susu, dia bangun walaupun matanya mengantuk memikirkan anak tercinta nya dia kuatkan juga dirinya untuk ke dapur membuat susu. Tatkala dia sedang jatuh sakit, dia menguatkan juga dirinya untuk mengerjakan semua pekerjaan nya untuk memastikan keluarga senang, dia tidak hiraukan apa itu kesakitan pada dirinya. Anaknya sakit juga dia lah orang yang pertama merasakan bimbang akan kesihatan anaknya, hati tak tenang dan tidak henti doanya untuk kesembuhan anaknya.

Wanita, dia tidak mengharapkan duit dan kemewahan dari suami tetapi dia mengharapkan dirinya dikasihi, diberi kasih sayang yang ikhlas, menghargai dia sebagai isteri juga teman hidup. Cukup untuk mengucup dahi nya dan mengucapkan "Terima kasih sayang", itu sudah cukup buat dia gembira dan merasa dirinya dihargai dan disayangi. Setiap hari mengucapkan "I Love You sayang" di telefon juga membuatkan hati nya berbunga-bunga dan hari nya ceria. Memujuk dia dengan sentuhan dan belaian manja, bergurau senda untuk membuatkan dia gembira, menjadi pendengar yang setia di kala dia sedang bersedih. Memujuk dia dengan urut badan nya, walaupun dia tidak minta diurut dan tidak meminta balasan sedang dia penat bekerja, 7 hari seminggu.

Wahai suami... Dia tak pernah minta dirinya dihias dan dililit emas permata. Cukup sekadar membahagiakan dirinya terus menerus sehingga ke syurga. Tidakkah kamu mahu melihat isteri kamu senantiasa senyum dan ketawa riang bila saat bersama kamu?
Tiada isteri yg mahu melihat suami nya susah, sakit malah menderita sekalipun. Jika nyawa boleh ditukar ganti maka itulah pilihan setiap isteri mahu melihat suami nya terus hidup dan membahagiakan dirinya.
Janganlah sakiti hati isteri kamu terus menerus. Bahagiakanlah isteri kamu dengan sepenuh hati dan menyayanginya dengan sepenuh jiwa.

Dengan izin Allah. Semoga setiap pasangan suami isteri didunia ini mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.. dan hubungan bahagia sehingga ke syurga. Amin...

Sampai disini saja pandangan saya terhadap pengorbanan seorang wanita.
Jika anda ada pandangan anda, boleh comment diruangan comment.
Setiap manusia mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan.


Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk melayari blog saya.

Assalamu'alaikum...
Bersambung...

Wednesday, 8 October 2014

EMORRA GLOW C


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Hiiiiiiii Hiiiiii Hiiiiiiii... Episode kali ni sangat excited nak memperkenalkan 1 product yg sgt
GLOWING, RADIANT & SHINING!!!
InsyaAllah sesiapa yang dah menyelami product ni akan rasa puas hati!
Rasakan sendiri product terbaik ini dari EMORRA BEAUTY! Murah dan BerBaloi-Baloiiii... 
Kini... Penyelesaian untuk uolls yang mempunyai masalah kulit berminyak, kering, sensitif!

*EMORRA adalah sebuah jenama produk keluaran syarikat EMORRA BEAUTY SDN BHD (1076674-k).

*EMORRA GLOW C adalah makanan tambahan istimewa yang membantu kesihatan dan kecantikan tubuh badan pengguna. Ia diformulasi dari Teknologi Nano Korea dan dikilangkan di Malaysia dengan status Halal dan GMP.

*Produk ini mengikut garis panduan KKM dengan pengkelasan produk di bawah no rujukan: 160414/04/194

*EMORRA GLOW C adalah produk 100% milik bumiputera Islam dan telah terjual lebih dari 5000 botol sebulan. Pastikan dapatkan produk yang ORIGINAL.

Emorra Glow C (Chewable Tablet) 
Ini bukanlah sejenis ubatan dan juga drugs.
Produk Emorra Glow C yg merupakan produk interfasa makanan-ubat (Food-Drug Interphase) dengan bahan aktif kurang 20% adalah produk bukan ubat dan tidak dikawal oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD)

*ADAKAH EMORRA LULUS KKM?

Ya!

Semua produk EMORRA mendapat surat perkelasan produk dan kelulusan dari KKM

EMORRA GLOW C
No Rujukan KKM: 160414/04/194
-----------------------------------------
Sekiranya tuan/puan memerlukan penjelasan lanjut mengenai Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan dibawahnya, sila berhubung dengan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di alamat berikut:

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 4, Menara Prisma
No. 26, Jalan Persiaran Perdana,
Presint 3, 62675 Putrajaya


(http://wwwfsq.moh.gov.my)


Photo: "Nak dapatkan produk EMORRA? Pastikan anda dapatkan produk original dari kami dimana setiap kotak memiliki hologram emas EMORRA.

Elak membeli produk pada harga murah tanpa hologram kerana dikhuatiri produk tersebut adalah tiruan dan boleh memudaratkan kesihatan anda.

Hubungi kamu untuk dapatkan keterangan lanjut"
Nak dapatkan produk EMORRA? Pastikan anda dapatkan produk original dari kami dimana setiap kotak memiliki hologram emas EMORRA.


Duta & pengguna EGC ~ Rafidah Ibrahim~



KEBAIKAN EMORA GLOW C :
✔ 15 stem cell master fruits
✔ Sesuai untuk lelaki dan perempuan
✔ Anda dapat merasai kesan seawal 1-2 minggu
✔ Menggunakan gabungan antioksidan terhebat didunia
✔ Merawat serta mencegah jerawat
✔ Pemulihan kulit yang rosak & bermasalah spt Jeragat, Jerawat, kulit kusam , kulit kering dan kasar.
✔ Rambut lebih sihat ,halus & bersinar
✔ Mengurangkan kedutan & garis halus serta melambatkan proses penuaan
✔ Wajah cerah berseri tanpa perlu SUNTIK
✔ Mengecilkan liang roma
✔ Merawat Enzema dan Prorisis
✔ Mencegah kedutan dan kekenduran pada kulit
✔ ALTERNATIF kepada SUNTIKAN VITAMIN C dan GLUTATHIONE
✔ Menghilangkan Tompok Panji Hitam dan Parut
✔ Kesan Pencerahan Yang Menakjubkan
✔ Meningkatkan fungsi setiap sel dan melambatkan proses penuaan
✔ Mencegah kerosakan KOLAGEN
✔ Meningkatkan daya ketahanan badan
✔ Rambut dan kuku menjadi lebih sihat
✔ Melindungi daripada sinaran UA-B
✔ Menyembuhkan luka dan mencegah parut
✔ Badan menjadi lebih sihat dan bertenaga
✔ Membantu Menyah toksik dan pencemaran didalam tubuh dan menghasilkan kulit lebih cerah

Photo: Fida Latest! Kulit Semakin Gebu, Glow n Shine!! 

PM atau SMS "EBS" ke 013-318 1978 untuk dapatkan harga giler jimat sekarang!!
Haaaa! Ni ada gambar before & after Rafidah. :)

Okay! Ni testimonial sendiri. Xpayah pakai makeup tebal2 dah. Saya suka saya suka!



Testimonial dari pelanggan.

Photo: Sudah berhabis ribuan ringgit untuk mencari supplement yang sesuai?
Tercari2 COLLAGEN terbaik utk kulit anda? Dapatkan #emorraglowc hanya yang ORIGINAL. RM99 untuk 35 hari. Sebotol mempunyai 70 Biji.

Anda tahu tak apa maksud HYDROLYZED COLLAGEN? Hydrolyzed Collagen maksudnya collagen yg dah dihaluskan menjadi semakin halus supaya dpt diserap badan lebih baik dan cepat dr collagen biasa!!

So pastinyalah kesan dah tentu lebih pantas dan cepat dr collagen yg biasa tu kan.

Now semua orang mampu menjaga sendiri kulit wajah dan seluruh badan supaya kelihatan gebu gebas, cerah & glowing dari dalam.

Hanya RM2.82 sen sehari utk kelihatan cantik tanpa kos perubatan ribuan RINGGIT!!

Info lanjut di www.facebook.com/emorraofficial

Hubungi agen / wakil sah atau PM kami di inbox utk respons segera!
RM99 ONLY!!! Include Postage uolls! :)
Do SMS / Whatsapp me 011-1689 4330 (yuni)
Harga SPECIAL akan diberikan pada 10 pelanggan terawal setiap hari!!!



Kulit makin cerah berseri! Rahsianya... Amalkan 2 tablet EMORRA GLOW C setiap hari bersama minum air kosong/masak 2 liter sehari konsisten!!!
Uolls kalau nak cantik dan menawan menggunakan produk kami... Make sure minum air kosong banyak-banyak tau... Baru la gebu gebas cantik menarik tertarik kau memang debOOOmmm!!! LOL

Supplement dalam bentuk tablet yang boleh dikunyah, dikemam, ditelan membantu anda yang takut makan ubat soooo try la EMORRA GLOW C feeling macam makan gula-gula!


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Monday, 22 September 2014

Keperluan untuk ibu dan anak

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Hiii semua... Episode kali ni Iolls nak kongsikan keperluan ibu dan anak pula.
Sedikit sebanyak mungkin dapat membantu ibu yg hendak membeli barang keperluan utk dirinya dan juga baby bakal dilahirkan nanti.
Aku sendiri pun search. N cari barang apa yg perlu.
Pening gak laa nak beli sebab 1st time kan. Aku tulis dalam list lain,gi kedai dapat lain.
Aku rasa lebih dari apa yg ada di list. Husband aku geleng2 kepala je.
Tak beli banyak tapi penting utk kita dan juga baby. Keperluan harian.
Beli banyak n tak perlu kang akhirnya akan simpan dalam store or jual balik 2nd! Sedihh...




Okay ni 1st trip aku beli. Dengan bakul2 sekali aku beli terus sebab senang la konon nya nak siap kemas standby dalam kereta.
Keperluan utk kat hospital lak. (Bawa je lebih padahal bukan guna pun semua tu)


Yg ni lak 2nd trip beli barang. :)
Steriliser + Botol n yg lain2 tu by Autumn beli kat expo baby SACC. harga sgt berpatutan bila di expo.
Blanket , Legging , Shocks , Baju , Tilam baby


Ohhh yaa botol susu by Tommee Tippee yg comel. Size kecil n besar aku beli. Sampai sekarang Alya gunakan nya. Sangat berpatutan n tahan lama gak.



3rd trip!!! Ni memang gilerrr! Aku dah agak2 sarat ni larat lagi aku naik turun angkat barang simpan dalam kereta dengan husband. Husband lagi semangat dari aku rupanya.
Dia lagi excited dengan semua barang baby. Dia yg install semua barang tu. Katil baby comellll... I like it sebab ada kelambu,nak elak nyamuk sebenarnya.

Ohhhh HUGGIES!!! Sangat murah n hubby pun borong lebih 10 packet hokeyyy!


Many thanks to Mother In Law buatkan tilam kekabu utk Alya.
Homemade punya. :) Sangat empukkk taw. Mak Alya pun suka. Hehehe


Almari hubby beli utk letak baju2 Alya.



Okay ni ada list utk uollss semua. Mungkin dari list dapat membantu ibu2 semua. :)


SENARAI KEPERLUAN IBU DAN ANAK DI HOSPITAL KEPERLUAN IBU

KEPERLUAN IBU : -

*Barang Ibu ke hospital*

Kad Lawatan Hospital
Kad Pengenalan
Baju (2 helai) 
Stokin (2 pasang) 
Kain Batik (2 helai) 
Bra (3 helai)
Panties (5 helai) 
Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi, Sabun) 
Tuala Mandi 
Maternity Pad/Pad Biasa (1 pek) 
Selipar (1pasang) 
Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks,Buah Kurma, Biskut, Roti)
Termos Air Panas
Bag Plastik (Utk baju kotor)
Baju Sejuk (Sweater) (1 helai) 
Sikat 
Breast Pad (4 pair) 
Nursing Bra (2 helai)

*Berpantang (Untuk Ibu)*

Set Berpantang
Stokin tebal
Selipar rumah
Kain Batik
Bengkung
Maternity Pad
Pad Biasa
Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
Minyak Angin/Urut
Makanan/Minuman (Air Masak, Horlick, Susu, Biskut, Roti)
Tukang Urut


KEPERLUAN BAYI

*Barang baby ke hospital*

Beg baby
Baby Diapers (10 keping) 
Baju (3 helai)
Minyak (Yu Yee Cap Limau)
Baby Wipes/Wet Tissue (2 pek kecil)
Tuala Mandi (1 helai)
Stokin/Sarung Tangan Bayi (5 pairs)
Peralatan Mandi
Selimut/Bedung (3 helai)
Barut (4 helai)
Topi (1 helai)


Baby Gear 

Baju- Lengan Pendek (5 helai)
Baju- Lengan Panjang (5 helai)
Rompers (5 helai)
Seluar- Pendek (5 helai)
Seluar- Panjang(5 helai)
Sarung Tangan + Sarung Kaki (5 pairs)
Baby Bip (1 helai)
Sapu Tangan (5 helai/set)
Barut
Topi


*Diapering*

Napkin (1 pek)
Lampin Pakai Buang (3 pek)
Safety Pin
Changing Mat
Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi 
Cloth Diaper


*Baby Care & Grooming* 

Losyen Baby
Wet Tissue
Sikat
Putik Kapas (Cotton Bud)
Cotton balls
Pengepit Kuku (Nail Clipper)
Nasal Aspirator (untuk selsema)
Methylated Spirit - alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh (biasa dibekal oleh pihak hospital)
Minyak Yu Yee Cap Limau 
Minyak Telon Bebiku
Diaper Cream
Beg Baby


*Nursering*

Selimut
Bedding set
Katil Baby
Dimple Pillow
Kelambu
Bakul Baju Kotor.
Almari Baby
Bakul Baby (Simpan Toiletries Baby)


*Feeding* 

Botol saiz S (2 botol)
Puting Botol Susu (2 pieces)
Berus Pembersih Botol
Nipple Cream
Nursing Pad Washable (2 pairs)
Nursing Pad Disposal (2 kotak)
Shield collector
Breast Pump
Cooler Bag
Breast Milk Storage Bottle
Breast milk storage
Nursing Pillow
Termos
Cecair Pencuci Botol
Dyring Rack


*Travelling*

Beg Baby
Baby Sling
Stroller
Baby Carrier
Nursing cover


*Bathing*

Tuala
Besen Mandi & Tempat Duduk Dulang
Sabun Mandi


*Extra* 

Penyangkut Baju Bulat Kecil
Penyangkut Baju Bulat
Penyangkut Kecil

Bekas Spray Air

*Rujukan untuk puting botol susu:- *

Size s – 0 – 3 bulan
Size m – 3 – 6 bulan
Size l – 6 – 12 bulan
Size xl – 12 bulan ke atas

Puting x – 6 bulan ke atas (tak tumpah)


Okay semua... Ini saja dapat ku kongsikan.
InsyaaAllah semuanya akan dipermudahkan oleh Allah.
Yg penting beli apa yg perlu k. Beli guna yg boleh sampai anak 2 3. hehehehehe :D
Selamat membeli semua... Survey dulu barang keperluan yg penting.
List kan semua then beli. Jangan sampai rambang mata lepas masuk kedai.
*confirm akan rambang mata punya la. Aku sendiri pun ntah apa yg ditengok nya,lain kat list lain aku beli. :)


Next post coming soon... Bye-bye................ :)


Bersambung............

Perkembangan baby saya

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Hiiiii semua... Berjumpa lagi...
Ni perkembangan my baby pula :)
Dan juga pengalaman aku menjadi seorang ibu bulan demi bulan,hari demi hari.
Setiap yg telah menjadi ibu pasti akan merasakan nya cuma perbezaan situasi.
Ragam anak, keletah anak, macam2 lagi. Kadang2 boleh buat kita geli hati, kadang buat kita rasa geram kadang buat kita xsenang duduk. Semua nya lah kita akan rasa.
Mula2 memang sangat pelik sikit, ehh betul ke aku dah jadi mak ni?
Ehh betul ke anak aku ni. Ehh ehh ehh. Semua nya berubah dalam sekelip mata.
Kita bukan lah anak2 manja kpd mak ayah kita lagi.
Kita juga kena jadi matang lepas jadi mak ni. Nak jadi tegas pulak! Ehh boleh ke? Ahaha.
Lama2 aku dah lali cuba terima kenyataan yg aku dah jadi mak laa! (Cuba cubit pipi sendiri)




2 days old baby :) Still at hospital


2 weeks old baby :) Bila lepaskan bedung ohhh bebasnya rasa,
ni gayanya bila lepas bedung aiippp!



Comel sgt tilam ni k so aku pun beli laa tuk dia. :)



1 month old baby :) Cewahhh sengih2 lagi


2 months old baby :) I kat kenduri cukur jambul cousin sebelum tu try pelamin dulu ye before i punya majlis lak. 
ehhh dia xmeragam la. 
(cousin xmau duk dalam ni menagis so i la yg duk dalam ni) hehehe


3 months old baby :) Ni time majlis aqiqah + cukur jambul my baby. 
lega mak dia duk diam dalam tu. siap lena lagi tido k.



3 months old baby :) After kena botakkkk! Mommy rambut i kena botak sudah!! :( 
(nampak bolattt hokeyyy!)


4 months old baby :) Pinky day


5 months old baby :) yeahhh I dah meniarap sepenuhnya mommy


6 months old baby :) Mommy see!! I dah boleh angkat bontot I n dah nak merangkak 
(aku nak menitik air mata ni. Okay drama mak dah nak bermula)


 7 months old baby :) awww dia dah boleh duduk. xsangka mak...



7 months old baby :) dia dah mula belajar utk berdiri. 
(I'm so proud of you sayang,sangat xsangka secepat ni Alya belajar. Menitik lagi air mata aku.) 


Ohhh my fav picture ever!!! Pandai dia wat mimik muka tu!
Excited dia mengemas wipe tissues mommy beli.



Bulan demi bulan perkembangan dia. Membesar depan mata aku. Sangat kagum dgn dirinya.
Okay. Anak aku dah pun masuk 6 bulan. Apa lagi jom kita buat makanan tuk baby lak!
Excited mak sebab nak buat makanan tuk dia. :D 
Terlebih rajin kalau sebab nak buat makanan dia taw! Sebab nak cuba lain daripada lain.
Aku pun cuba search n search recipe utk Alya. Siap download lagi apps recipe baby food. :)



ni dengan yg bawah ni sama je. 


You all boleh laa try kat atas ni ye. Ikut bulan.
Aku buat makan Alya semua aku letak carrot. Sebab tu memang penting kot.
Okay aku setiap hari akan buatkan makanan tuk Alya. Xkisah laa sesibuk mana pun tapi aku akan buat gak utk dia.  Tapi kena pandai budget laa utk sehari makan.
Kalau xpun boleh bekukan dia. Boleh tahan seminggu kalau bekukan dia.
Memula dah buatkan apple puree utk dia memang lazat. Dia suka. 
Then nasi + carrot + banana. Dia pun suka.
Tapi aku xsempat laa nak snap picture. Try laa ye. :)
So yg sempat nak snap picture seperti di bawah... Hehehe


Yg penting cari bekas dulu. Xyah beli jauh2. Kat giant pun ada.
Murah dan comel2 cantik2. Yg penting BPA Free :)


Bekas comel. Aku memang suka cari bekas makanan utk dia.


Carrot + Sweet Potato + Pumpkin
Stim dulu sampai lembut. Agak2 dalam 20 minit stim.
Cucuk guna garfu tengok dah lembut belum.


Selepas itu kita blend kan semua jadi 1.
Tambah air sikit utk blend sampai lembut,pastikan betul2 hancur dan
jadi mcm gambar atas ni ye.



Dah settled semua!
Kita pun masukkan la dalam fridge, bekukan dia.

Alya yg paling dia suka makan is Carrot + Sweet Potato + Pumpkin. Memang dia akan habiskan sebekas. Kadang2 xcukup dia merengek. Enough sebekas je. Lebih2 kang takut kembung sangat perut dia. Lepas bagi dia makan, bagi dia minum air masak banyak sikit. Utk mudahkan dia buang air besar supaya xsusah dia nak meneran. Kesian kalau kecil lagi nak meneran. Kita lak yg susah hati kang. 
Alhamdulillah setakat ni semuanya normal Alya.
Sehari dia akan makan 3 kali. Kekadang bagi dia makan 4 kali gak.
Biar bambam sikit. Hehehe. 

08:00 am - Breakfast (sebelum mandi mesti bagi dia makan dulu)
12:00 pm - Lunch
05:00 pm - Dinner

Okay laa. Ni saja perkongsian aku hari ini.
Sekian terima kasih atas kunjungan semua ke blog saya.
Nanti boleh kongsikan semula pengalaman you all semua k.!
Selamat mencuba dan selamat menjadi ibu.
Nantikan stage seterusnya. Cari idea jap nak kongsikan apa pula.
Harap sedikit sebanyak dapat membantu ibu2.


Next post... Bye-bye........... :)



Bersambung...........