Sunday, 4 December 2016

Detik-detik melahirkan baby second - Berpantang - Puteri ke-2

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...




Nak bertemu dengan ahli syurga kedua. Tak sabar! :)

Allah telah pinjamkan ahli syurga yg kedua kepadaku. Syukur Alhamdulillah.
Throwback masa nak melahirkan 2nd baby. 
Moment yg tak kan pernah aku lupa seumur hidup ku.
Aku akan ingat setiap yg berlaku dalam kehidupanku. Tak akan lupa!


27 Nov 2016 - Ahad

Hari ahad ni macam biasa aku akan layan TV dulu kat ruang tamu bawah dengan mak ayah n Alya. Layan Gegarvaganza babe! LOLX! :D
Dah habis layan gegarvaganza ehh tgn ni gatal gi tekan 131 ada cerita "Khurafat" lak memalam buta tu. Yg Alya memang suka tengok cerita2 hantu ni. Padahal takut nak tengok tapi suruh buka gak. Habis laa aku dah seram sejuk tengok cerita hantu ni.
Aku malas nak tengok then ajak Alya naik tidur. Ehh ehh saja je dia kata nak tidur dengan "mbah" (mak aku). Aku lak dah naik konon nak tidur laa. Alih2 ambil bantal turun bawah semula gi bilik mak aku, layan cerita Khurafat tu dalam bilik mak aku.
Tengok sampai habis dalam kul 1am gak la. Alya pun tidur kul 1am lebih cam tu..

28 Nov 2016 - Isnin

Tak lama tu nak tidur dah lepas tengok cerita hantu.
Aku scroll2 HP dulu tengok FB, Instagram n bla2 dah kul 2 lebih.
Baru nak tidur dapat la 30 minit cam tu. Ehh ehh bergolek kiri kanan lak aku setengah jam sekali. Tiba2 perut cam memulas kan nak buang air besar.

Sampai laa kul 6am bangun la nak subuh. Dah subuh tu konon nak tidur balik. 
Arrghh sakit makin kerap lak. 15 minit sekali sakit. Cakap dengan mak aku sakit makin kerap. Dia lak yg risau. Dia suruh gi hospital gak. Tapi aku kata cam malas lak nak gi sebab nanti jalan tak buka lagi suruh balik. Mak aku paksa gak gi hospital. Aku pun menyerah okay la okay la. Siap2 mandi pakai baju semua. 

07:30am

Start kereta nak gi hospital ngan mak n anak buah. Kul 8am gak la baru gerak. Anak buah bawa kereta time tu. Nak gi hospital SG BULOH, ahhh pagi2 jammed lak! Okay relax... Relax...Relax... Dalam otak tak tentu arah dah tapi hati dan bibir tak henti berdoa dan sebut "La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzolimin".

08:45am

Sampai je hospital aku terus masuk gi kaunter pendaftaran. Dalam kereta aku suruh mak n anak buah aku balik dulu tak payah tunggu aku sebab takut lama kena check ke apa or jalan tak buka lagi ke. Aku suruh mak aku balik tolong jaga Alya. Dalam hati nak nanges daa sebab rindukan Alya. "Mommy masuk dulu sayang. Mommy sayang awak."

Tapi aku kena kuat! Tahan sakit lagi. Sampai je kaunter nurse terus tolak aku masuk dalam bilik CTG sebab tengok aku dah tak larat sangat tahan sakit.
Sampai je bilik CTG aku tukar baju. Dah tukar baju semua nurse pasang alat kat perut nak check jantung n contraction aku. Okay high! N jalan pun dah buka 4cm. Dah CTG dalam 15 minit cam tu check lagi jalan dah buka 5cm.

Doc : Ni dah buka 5cm. Saya pecahkan air ketuban dulu. Okay terus tolak ke labour room.

Bibir aku memang tak henti2 sebut "La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzolimin".
Aku tak ingat dah kul berapa time tu. Nak tengok jam tapi tak mampu dah sebab kejap ke kiri kejap ke kanan. Nurse tanya semua maklumat time tu pun tak  mampu nak tulis dah n sebut je. Sakit makin teruk yg nak jerit dah tapi tahan hanya berdoa je dan tak putus2.

Aku : Doc!! saya dah tak tahan ni nak teran!
Doc : Sabar puan tarik nafas panjang2.
Aku : Dah tak boleh doc. Saya nak teran ni dah!
Doc : Okay2! Nurse siapkan semua barang! ( Nampak la semua bergegas nak koyak kan plastik semua. Ambil itu ambil ini. )

Doc & Nurse : Okay puan! PUSH! ( Dengar semua bagi semangat suruh push! Nurse tekan perut, pegang tangan, bagi semangat! ALLAH! )

09:47am

Alhamdulillah! Syukur YA ALLAH!!! Lahirlah seorang puteri ke dunia. Dengar tangisan "Si Puteri" mulalah air mata kesyukuran aku mengalir. Doc & nurse tanya banyak kali "Baby apa puan?". Aku jawab dengan sedar " Baby perempuan. " Alhamdulillah.. Aku tak kena jahit hanya luka sikit saja. Nurse letak baby kat atas badan aku "Skin to Skin" selama sejam. Tak lama tu nurse ambil baby nak bersihkan n timbang baby. Nurse bawakan air milo untuk aku. Aku tak tidur, tak makan, tak ada tenaga tapi aku kena gagahkan juga. 

Dalam hati aku tengah sedih + bahagia. Tapi aku tolak tepi dulu yg sedih sebab lagi penting anak aku dari segalanya. Air mata sememangnya tak henti mengalir. Tapi aku bersyukur Allah permudahkan segala-galanya. Aku kuat demi anak-anak aku. Hanya Allah saja tahu apa perasaan aku waktu itu. 

11:00am

Nurse tolak aku dengan baby masuk ward. Bersihkan diri dan tukar baju semua. Rehat2. Sambil dukung baby dodoikan "Si Puteri" sambil berzikir bagi dia lena. 
Aku cuba nak lena tapi tak boleh sebab lapar. Tengah tunggu nak lunch.

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Syukur segalanya dah selamat.
Aku lega sangat waktu tu dah lepas dari segala sakit. Bermula lah berpantang kali ke-3.
Kenapa kali ke-3? Haa sebab yg 2nd tu pun berpantang gak sebab "miscarriage" tahun 2015 bulan 10.



- > Nor Ariana Zahra Binti Nor Aniszam
- > 2.52 kg
- > 28.11.2016 (Isnin)
- > 9.47 am
- > Normal
- > HOSPITAL Sg Buloh




Fresh! Baby Ana..

Baby Ana..

Kakak Alya kiss Baby Ana..

Kakak Alya & Baby Ana..


Okay laa habis daa.. Sampai disini saja entry kita hari ni.. :)
Bye - bye semua...


Assalamu’alaikum...