Saturday, 29 November 2014

Pengorbanan Seorang Wanita (Isteri & Ibu)

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Wanita...
Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.

Tetapi... Sedarkah kita disebalik semua itu?
Wanita dicipta untuk menjadi seorang ibu
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan.
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat.
Ibu yang berjuang menyusukan anak nya selama 2 tahun lamanya.
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran.
Wanita juga lah menjadi tulang belakang lelaki.

Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badan nya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya. Tidak pernah timbul gentar dihatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya sehingga 9 bulan.

Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu hanyalah, zuriatnya dalam keadaan sihat.

Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.

Wanita, hebatnya dia berkorban tenaga membantu suami mencukupkan sara hidup keluarga dengan izin suami. Dia ingin membantu suami dari segi ekonomi pada zaman sekarang. Hidup pada zaman sekarang semuanya memerlukan duit. Dari segi perbelanjaan, sekolah anak-anak, kereta, bil-bil, simpanan, kos perubatan dan lain-lain. Dia juga tidak mahu membebankan suami dengan tanggungan yang terlalu banyak suami tanggung.


Wanita, hebatnya dia mampu membuat segala kerja selain di pejabat. Bangun awal pagi, sebelum ke kerja dia menyediakan makanan untuk suami dan anak-anak. Menyiapkan anak-anak ke sekolah. Terakhir sekali dia pula bersiap secepat mungkin bergegas ke pejabat untuk mencari rezeki, tugasan yang bertimbun di pejabat. Selepas penat lelah dipejabat, waktu pulang juga dia bergegas pulang ke rumah, sampai saja dirumah tak sempat nak tukar baju semua, buka saja tudung letak di kerusi terus ke dapur untuk menyiapkan makan malam untuk keluarga tercinta. Tak cukup dengan itu, pinggan mangkuk yang belum dibasuh, kain jemuran yang belum dilipat, kain yang nak dibasuh, rumah yang masih bersepah, tidak menang tangan dia hendak melakukan semua itu tetapi dia tidak mengharapkan sesiapapun untuk membantunya dan dia menyiapkan semua kerja itu sendiri hingga larut malam. Siapkan anak kecil sebelum tidur, pada waktu malam anak menangis nak minum susu, dia bangun walaupun matanya mengantuk memikirkan anak tercinta nya dia kuatkan juga dirinya untuk ke dapur membuat susu. Tatkala dia sedang jatuh sakit, dia menguatkan juga dirinya untuk mengerjakan semua pekerjaan nya untuk memastikan keluarga senang, dia tidak hiraukan apa itu kesakitan pada dirinya. Anaknya sakit juga dia lah orang yang pertama merasakan bimbang akan kesihatan anaknya, hati tak tenang dan tidak henti doanya untuk kesembuhan anaknya.

Wanita, dia tidak mengharapkan duit dan kemewahan dari suami tetapi dia mengharapkan dirinya dikasihi, diberi kasih sayang yang ikhlas, menghargai dia sebagai isteri juga teman hidup. Cukup untuk mengucup dahi nya dan mengucapkan "Terima kasih sayang", itu sudah cukup buat dia gembira dan merasa dirinya dihargai dan disayangi. Setiap hari mengucapkan "I Love You sayang" di telefon juga membuatkan hati nya berbunga-bunga dan hari nya ceria. Memujuk dia dengan sentuhan dan belaian manja, bergurau senda untuk membuatkan dia gembira, menjadi pendengar yang setia di kala dia sedang bersedih. Memujuk dia dengan urut badan nya, walaupun dia tidak minta diurut dan tidak meminta balasan sedang dia penat bekerja, 7 hari seminggu.

Wahai suami... Dia tak pernah minta dirinya dihias dan dililit emas permata. Cukup sekadar membahagiakan dirinya terus menerus sehingga ke syurga. Tidakkah kamu mahu melihat isteri kamu senantiasa senyum dan ketawa riang bila saat bersama kamu?
Tiada isteri yg mahu melihat suami nya susah, sakit malah menderita sekalipun. Jika nyawa boleh ditukar ganti maka itulah pilihan setiap isteri mahu melihat suami nya terus hidup dan membahagiakan dirinya.
Janganlah sakiti hati isteri kamu terus menerus. Bahagiakanlah isteri kamu dengan sepenuh hati dan menyayanginya dengan sepenuh jiwa.

Dengan izin Allah. Semoga setiap pasangan suami isteri didunia ini mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.. dan hubungan bahagia sehingga ke syurga. Amin...

Sampai disini saja pandangan saya terhadap pengorbanan seorang wanita.
Jika anda ada pandangan anda, boleh comment diruangan comment.
Setiap manusia mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan.


Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk melayari blog saya.

Assalamu'alaikum...
Bersambung...